DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT

Since aku menganggur dalam masa 7bulan ni, aku harap, nuffnang dapat tanggong aku. Aci ke aku cakap cantu? desperate la weyh. Orang laen keje, dapat duit, leh gak berangan nak beli pape ke kan, aku ni? berangan je lebih, duit nye tade. UWAAA... adekah aku patot start blogging dengan professional nya? Macam (abang) Zack? Innz? Fakhrurazi? AAAAAA. Aku buntu. 
Nape aku tak keje? Ha! Ko tanye la mak aku. Aku pon tatau la nape beliau sangat menyanyi anak beliau ini umpama princess yang bagun kul 15 pon tape ni. Gemok la aku. Nak start diet kat umah? HARAM! I mean, takkan menjadi nye. Jadi bola ade la aku ni.

Duk ngadap laptop, balik balik muke aku ni plak yang macam laptop. Sedih ah macam ni, sedih!!! *Hempas gitar macam gaye GD kat bwh* Kahkah! Bergune jugak Signature ni. HAHA.

Kawan-kawan! Support la rakan anda yang unemployed ni! Click click click!



post signature

SIGNATURE

Just trying out, Hehe.

Since my blog nih suppose to have pictures in every post (memandangkan template dah macam tu) Hodoh plak kalo post something, tade gambar, then, icon No Photo tuh duk terpacak disitu. HOWDOWH!


So, nak try letak signature, nak tengok ape jadi...


post signature

NAMA-NAMA KUCING

Kat rumah aku ramai kucing, tolak tambah bahagi campu darap sume, -+50, or maybe sekarang dah berkurang sebab kucing aku baru baru ni ramai diserang penyakit.

Name kucing aku GongChan, sempena nama beliau datang umah aku time aku tengah duk gila drama My Girl. Beliau perempuan, a.k.a Betina. I don't know why the hell aku kasik beliau name jantan. KAHKAH.

Nama-name kucing yang lain yang agak unik... Contohnya ;

SHIN CHAN ; Atau name manja bliau Ah Chan.
MAYBANK ; Mak aku cerita yang beliau kutip kucing terbiar ni kat MayBank Bukit Payong
CHE' KU ; Name penuh dalam IC, CIK KURAP.
CHE' SU ; Name mak cik yang kasik kucing tu.
AH GOON : Actually, beliau anak kepada GongChan, name penuh beliau, Shin Goon, name watak dalam cerita Princess Hours.
PETRONAS ; Ni name paling ridiculous dalam keluarga kucing aku, PETRONAS? HAHA. As you can guess already, kucing ni pasti dikutip dekat Petronas mane-mane.
IAN ; Ceh! Name macam orang putes, Tapi hakikat nye, name pendek bagi GIANT, yep, name pasaraya yang populer kat Terengganu. (Kat KT tade nye PAVILLION PAVILIAN ni.)
TY LUNG ; Name Rimau dalam cerita Kungfu Panda.
TYSON & TIDUS ; Adek bradek ngan Ty Lung and Ian. Alang2 Ty , Ty sume la.
MIRMO ; Katon Mirmo tu lah.

Name-name macam tu, at least, ade la asal usul or back ground story how did they get that name la kan. Yang paling tak dapat diterima akal ialah :

Nama universal 1 ; IBU - Name ni akan di apply ke mana-mana kucing yang pregnant, atau yang baru saja melahirkan anak. Apparently, kucing kucing yang bernama IBU amat meluas dalam keluarga kucing ini.

Nama universal 2 ; CHAN - Name ini akan di apply kepada kucing-kucing yang mempunyai kaler badan seperti mendiang Ah Chan/ Shin Chan.

Nama yang takde story :

HOTLINK ; Name kucing jantan (luar dr family kucing aku) yang salu ngorat IBU2 kat umah aku. Latest love triangle IBU kepada MONTELA (sebab bliau Montel) dan juge Princess dalam umah, IAN.

MAXIS ; Name yang akan diberi kepada IBU yang berjaya menambat hati HOTLINK. Dan juga yang akan bermusuhan dengan IAN.

Aish =,= Penat aku pikir name-name kucing kat umah aku ni. Ok, yang paling wat aku bengang ialah kucing yang bernama IBU. MANE2 JE. Since kalau mak aku nak carik IBU, sure panggel, IBUUUUUUUUUU.....

Yang aku dengar last2 je, UUUUU je. Bajet la mak aku panggel aku, CET! AKU MAJOK! MULAI SEKARANG, NAME AKU KAT RUMAH, AIN! AIN!!!!!!!!!

MIMPI PON MIMPI LAH

Haha, mimpi yang leh wat aku tersengih-sengih macam nangka busuk pagi-pagi hari lagi (pagi la sangat). Haha, aku, walopon aku 20 tahun setengah, tapi aku, berjiwa muda remaja, ibarat budak umo 16 tahun. Percayalah.

Agak childish untuk aku cerita di blog canggeh aku ni, tapi, tape lah, demi kenangan untuk aku buat masa yang akan datang (ceyywaaaah~!)

Ok, memandangkan dah terang lagi bersuluh bahawa kekantoian aku melayan 2PM yang pada dahulu kalanya aku amat tegar untuk meminati diorang kerna kesetiaan kepada raja dan negara (Rukun Negara, kau dah lupe ke?)  aku terhadap BigBang (Yep! I am V.I.P). Untuk pengetahuan anda, bias aku, JunHo.

Let's cut to the chase, how the dream goes..

Picture me, in a white cafe, bukan cybercafe yang pasti nya, somewhere macam tempat yang ramai orang, ade newspaper, and maybe ade satu sudut art gallery.

Tengah-tengah aku duk menonton satu picture kat gallery ni, aku terhalang ngan manusia yang berambut curly2 cute gituh. Kahkah. Beliau ngan kawan beliau menonton picture tuh, sambil gelak, ntah kenape mamat ni gelak ngan badan2 sekali gerak kedepan kebelakang, TUK! kepale beliau hit my shoulder. Lantas rambut bliau yang bushy itu tergesel dipipi ku. *Part ni, siyesly, aku dapat rase/feel, maybe kes lambert duk kat kepale aku kot time tuh, kya~*

Beliau seorang yang sopan, cepat-cepat bliau mintak maaf. Aku blush, since, yeah, he's Junho. Then, aku macam ade kawan time tuh, muke beliau tak jelas, yang pasti, beliau tahu bahase Korea. Sebab bile aku duduk kat sebuah meja yang ade newspaper, aku cakap kat kawan aku, "Weh, paper ni dalam bahase Jepun, Ilbon! *Jepun in Korea*" Tapi kurang hajau beliau tak layan aku, last-last, Junho layan aku, baek nye beliau. KAHKAH

Beliau cakap "Ye, paper ni dalam Jepon *Dalam korea, seriusly*" Ntah macam mane, air tumpah *this one indicates yang aku kat sebuah cafe, since ade air* Aku rase malu gile, tapi bersalah gak, so, aku mintak maaf,  then grab paper tadi tuh, cover tempat tumpah.

Siyesly, aku terdengar conversation Junho ngan kawan dy yang actually, 2PM manager, MinJae,

MinJae : Who is she? *tatau dorunk ckp bahase ape, yang pasti, dah tertranslate dalam mimpi aku*
JunHo : I don't know, but she seems nice, isn't she?
MinJae : *Thumbs up*

Kya! Maybe translator mimpi aku rosak kot, salah translate, whatever it is, ntah macam mane, aku date ngan Junho yang only MinJae tahu, not even 2PM members.

Dalam part ni, tetibe Junho keje kat Pizza, oleh kerana date kami secret, beliau rancang nak date kat roof top Pizza tuh. Beliau cakap, datang kat Pizaa, terus head to the stairs, and buat2 macam nak ikat tali kasut. Supaye die leh perasan aku kat tangga then it's the signal for him to excuse his shift.

Die dah naek sampai rooftop dah, tapi tade aku, instead, ade dak dak 2PM. Gentleman gila Junho prepare dinner kat aku, ade pudding yang pastinya. Tapi. jeng jeng jeng, dak dak 2PM kerumun die. Mintak die terangkan apekemende sume ni? TaecYeon tak silap aku, ankat puding tuh, then hembas atas lantai.

Junho nangis2 nak terangkan pasal aku, pasal hubungan kitorang, WAH! COOL NYE! lagi dramatic sebab die nangis dalam tengah hujan, basah kuyup satu badan, aku baru sampai rooftop, since aku otw naek atas, aku stop untuk make up, pakai bulu mata palsu. *satu part yang aku ingat, sebab hujan ruin my bulu mata palsu*

Aku tengok dinner ruin, Junho melutut dengan baju coat putih beliau, aku pon berlari kearah beliau, PELUK! DUSH! try to comfort him. Uwaaa... sedihhh.... Cinta kami terhalang! Aku rase aku nangis betul kot. Rase real sangat, rase terseksa. DUSH! Habis dah cerita terhalang Junho dan nuyu... Tinggallah kami berdua diatas rooftop, hugging, basah kuyup, nangis2.

KEJAM TOL DAK DAK 2PM NI! SALAH KE? SALAH KE KAMI BERCINTA??

ok, I've gone overboard. Sorry.

Setakat tu je aku ingat, tapi nice kan? leh buat cerita nih. BOX OFFICE! If only I had one wish, I wish that the dream come through, but with a nice ending ah. KYA!

Sedih plak bile ingat balik. Isk.