NAMA-NAMA KUCING

Kat rumah aku ramai kucing, tolak tambah bahagi campu darap sume, -+50, or maybe sekarang dah berkurang sebab kucing aku baru baru ni ramai diserang penyakit.

Name kucing aku GongChan, sempena nama beliau datang umah aku time aku tengah duk gila drama My Girl. Beliau perempuan, a.k.a Betina. I don't know why the hell aku kasik beliau name jantan. KAHKAH.

Nama-name kucing yang lain yang agak unik... Contohnya ;

SHIN CHAN ; Atau name manja bliau Ah Chan.
MAYBANK ; Mak aku cerita yang beliau kutip kucing terbiar ni kat MayBank Bukit Payong
CHE' KU ; Name penuh dalam IC, CIK KURAP.
CHE' SU ; Name mak cik yang kasik kucing tu.
AH GOON : Actually, beliau anak kepada GongChan, name penuh beliau, Shin Goon, name watak dalam cerita Princess Hours.
PETRONAS ; Ni name paling ridiculous dalam keluarga kucing aku, PETRONAS? HAHA. As you can guess already, kucing ni pasti dikutip dekat Petronas mane-mane.
IAN ; Ceh! Name macam orang putes, Tapi hakikat nye, name pendek bagi GIANT, yep, name pasaraya yang populer kat Terengganu. (Kat KT tade nye PAVILLION PAVILIAN ni.)
TY LUNG ; Name Rimau dalam cerita Kungfu Panda.
TYSON & TIDUS ; Adek bradek ngan Ty Lung and Ian. Alang2 Ty , Ty sume la.
MIRMO ; Katon Mirmo tu lah.

Name-name macam tu, at least, ade la asal usul or back ground story how did they get that name la kan. Yang paling tak dapat diterima akal ialah :

Nama universal 1 ; IBU - Name ni akan di apply ke mana-mana kucing yang pregnant, atau yang baru saja melahirkan anak. Apparently, kucing kucing yang bernama IBU amat meluas dalam keluarga kucing ini.

Nama universal 2 ; CHAN - Name ini akan di apply kepada kucing-kucing yang mempunyai kaler badan seperti mendiang Ah Chan/ Shin Chan.

Nama yang takde story :

HOTLINK ; Name kucing jantan (luar dr family kucing aku) yang salu ngorat IBU2 kat umah aku. Latest love triangle IBU kepada MONTELA (sebab bliau Montel) dan juge Princess dalam umah, IAN.

MAXIS ; Name yang akan diberi kepada IBU yang berjaya menambat hati HOTLINK. Dan juga yang akan bermusuhan dengan IAN.

Aish =,= Penat aku pikir name-name kucing kat umah aku ni. Ok, yang paling wat aku bengang ialah kucing yang bernama IBU. MANE2 JE. Since kalau mak aku nak carik IBU, sure panggel, IBUUUUUUUUUU.....

Yang aku dengar last2 je, UUUUU je. Bajet la mak aku panggel aku, CET! AKU MAJOK! MULAI SEKARANG, NAME AKU KAT RUMAH, AIN! AIN!!!!!!!!!

No comments: